Bitcoin Cash

Bitcoin Cash (BCH) ialah mata wang kripto yang bercabang daripada Bitcoin.[1]Keperluan menampung bilangan transaksi setiap saat yang kian meningkat menyumbang kepada sebahagian orang dalam bidang mata wang kripto mencipta cabang keras untuk meningkatkan had saiz blok. Pada tahun 2017, terdapat 2 kumpulan penyokong Bitcoin. Bitcoin Cash didagangkan di pertukaran mata wang digital seperti Bitstamp, Coinbase, Gemi, Kraken dan lain-lain dengan nama Bitcoin Cash dan simbol BCH untuk mata wang kripto ini. Kedua-duanya, Bitcoin dan juga Bitcoin Cash, menggunakan algoritma bukti kerja untuk mengecap masa setiap blok baru. Pada 15 November 2018, perpecahan rantaian cabang keras Bitcoin Cash berlaku antara 2 kumpulan saingan, iaitu Bitcoin Cash dan Bitcoin SV.